salam semua
Dengan Diet Herbalife anda boleh makan apa sahaja !
Hai semua , agak lama juga saya menyepi kan kan kan ;)
Biasanya saya memang ada
masa untuk menulis blog , cuma sekarang ini saya agak sibuk sedikit ,
alhamdulillah sudah semakin ramai orang yang ingin sihat dengan
Herbalife , jadi banyak masa yang saya habiskan dengan menjawab
persoalan dan pertanyaan mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai produk Herbalife . Syukur .. ;)
Ok hari ini saya
terpanggil untuk berkongsi beberapa soalan dari email yang saya terima .
Semua adalah berkaitan dengan mereka yang hendak kurus , hendak
turunkan berat badan dan hendak naikkan berat badan .
Mereka bertanyakan pada saya , kak , diet dengan Herbalife ini ada pantang larang ke ?
Pantang larang dari segi makanan lah .. Apa yang tidak boleh makan ?
Adakah makanan yang tertentu sahaja yang kita boleh makan ?
Oh ya , jawapan dari saya sangat mudah .
Dengan diet Herbalife , saya @ anda sebenarnya
Boleh makan apa sahaja !
Tiada pantang larang !
Makan semua makanan yang seimbang !
saya dulu makan semua ,
apa yang saya rasa nak makan , saya akan makan . Makan semua jenis
makanan yang saya suka tetapi mestilah seimbang ;)
Cuma saya kena beringatlah , sewaktu pertama kali saya consume Herbalife , saya memang dah set dalam minda saya , saya nak kurus dan saya nak cepat - cepat turunkan berat badan saya , saya nak pakai baju yang dah lama saya simpan dalam almari saya itu . Sedih , sebab suatu ketika dulu , sewaktu saya masih muda , saya boleh pakai baju itu . Saya tekad dan berazam .
Dengan tekad itu , saya
mulakan dengan kurangkan mengambil makanan yang lebih minyak , lebih
kandungan kolestrol , lebih manis dan macam-macam lagi . Saya banyak
membaca melalui internet dan tidak pernah lupa bertanya dari coach saya ,
makanan apa yang tidak boleh makan . Jadi dari situ saya
dah boleh agak dan sesuaikan kuantiti pengambilannya .Saya belajar kira
kalori dan gula dalam makanan , sampai satu-satu masa , saya bawa
bersama carta kalori setiap makanan bila saya nak mula mengambil
sebarang hidangan di luar . Hahahah bayangkan ;)
Tetapi semua itu mudah bagi saya kerana bebetulan pula saya memang jenis yang suka makan mee hun dan mee , jadi saya sesuaikan dengan penyediaannya , saya kurangkan minyak sewaktu memasak , ada kalanya saya tidak menggunakan minyak langsung , saya hanya rebus dengan bahan-bahannya sahaja .. seperti buat mee hun sop juga tetapi tidak tumis lah .
Macam -macam lagi
sebenarnya cara untuk kita elakkan dari makan makanan yang banyak
kuantiti minyak dan lemak ini . Kalau saya rasa nak makan ayam , saya
akan masukkan didalam hidangan saya itu dengan ayam yg direbus , dan
pastinya saya lebihkan sayur2an . Wah .. memang enak ! ..
Dulu masa saya belajar ,
saya suka makan maggie , maggie tu kalau tiada perisa dia , memang tidak
sedap kan , haa sekarang saya masih lagi menikmati maggie tetapi saya
buang perisa dia , saya gantikan dengan bawang putih dan merah sahaja .
Saya pelbagaikan bahan untuk dimasak bersama maggie saya itu . Sedap ! ,
rasa hendak makan selalu pula :)
Sebenarnya , dengan Herbalife anda tidak perlu memikirkan apa yang tidak boleh makan
. Diet Herbalife adalah diet yang terbaik buat saya , sungguh luar
biasa ! , kenapa ? kerana dengan diet Herbalife saya masih boleh makan
apa sahaja ! Tidak perlu sekat , tidak boleh makan itu , tidak boleh
makan ini . Itu lah yang membuatkan saya semakin hari semakin suka
dengan makanan sihat ini .
Jadi , kepada anda yang ingin merubah kehidupan anda dengan produk Herbalife dan ingin mendapatkan atau pun
ingin mengetahui bagaimana saya berjaya turun berat badan dengan Diet Herbalife , saya yakin boleh
membantu anda didalam menguruskan berat badan anda .
Hubungi saya sekarang : email 0106@yahoo.com [ call/sms/whatsapp 017 9735306 (digi) / 018 2121619
( u-mobile)
No comments:
Post a Comment