Turun Berat Badan bersama Zarida Abu Bakar

PENGEDAR HERBALIFE MALAYSIA ADALAH KERJAYA SAYA

Salam semua

Have you had your shake today ?

Sekejap sahaja masa berlalu dengan bulan depan genaplah 5 tahun saya bersama menjalani kehidupan dengan makanan kesihatan Herbalife . Alhamdulillah kini sudah masuk tahun ke2 sebagai Pengedar Herbalife Malaysia sepenuh masa . Terima kasih kepada allah yang menemukan saya dengan makanan kesihatan no 1 di dunia dan malaysia kini .

Sekarang ini tidak kira saudara mara atau kenalan yang berjumpa pastinya akan bertanya dan menegur akan perubahan saya , semakin hari semakin sihat alhamdulillah dan paling ketara mereka dapat lihat saya semakin sibuk dan dalam masa yg sama sentiasa ceria dan positif . Syukurlah kerana Herbalife telah banyak merubah kehidupan saya kepada yang lebih baik dan sentiasa positif . Tahun demi tahun saya banyak belajar untuk memperbaiki diri , menjadi lebih baik sebagai isteri dan ibu kepada keluarga saya . Memang luar biasa bila saya mula sedar untuk menghargai apa yang allah berikan selama ini . Saya bangga bila ada yg bertanya tentang kerjaya saya . Ya , Pengedar Herbalife Malaysia adalah kerjaya saya .



Pada 10 - 12hb Januari baru-baru ini saya telah menghadiri event terbesar Herbalife di Malaysia iaitu Spectacular Herbalife 2014. Sebuah acara yang mengumpulkan hampir kesemuanya pengedar Herbalife di seluruh malaysia . Saya merasa sangat berbangga kerana dapat berjumpa dan berkenalan dengan semua pengedar Herbalife yang sangat positif dan sungguh energetic ! . Ternyata mereka sangat berbangga dengan kerjaya mereka sebagai Pengedar Herbalife Malaysia

Ramai kenalan - kenalan baru yang saya kenal disini yang datangnya dari pelbagai latar belakang dan kisah kehidupan . Banyak memberikan kesan kepada saya kerana sekiranya kita ingin berjaya dengan usaha pastinya kita akan menemui jalannya . Barulah saya sedar tindakan saya untuk memilih berubah kerjaya kepada menjadi Pengedar Herbalife Malaysia sangat berbaloi kerana semakin hari saya semakin yakin dengan produk kesihatan Herbalife ini . 


Bersama ahli yang mengikuti saya ke acara Spectacular 2014


Acara yang sangat gemilang ini juga telah memberikan saya satu semangat yang tidak dapat saya jelaskan disini bila saya telah di pilih untuk menerima penghargaan sebagai Herbalife Top Recruiter No 1 in Malaysia 2013 . Tidak tergambar perasaan sayu dan gembiranya saya kerana dapat mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang telah memperkenalkan saya kepada perniagaan Herbalife ini .  

Kini saya semakin bersemangat untuk lebih banyak membantu dan menyampaikan misi kesihatan kepada semua orang di luar sana . Betapa pentingnya kesihatan jika dibandingkan wang ringgit yang kita perolehi kerana kesihatan tidak boleh di beli dengan wang ringgit . Saya merasa sangat bersyukur kerana disamping membantu orang untuk sihat kerjaya sebagai Pengedar Herbalife Malaysia ini telah memberikan peluang kepada saya untuk menjana pendapatan yang lumayan . 

>> dapatkan analisa kesihatan dan produk Herbalife yang sesuai untuk anda sekarang

Dengan hanya makan produk Herbalife untuk turun berat badan kini saya tidak menyangka penglibatan saya sebagai Pengedar Herbalife Malaysia telah banyak merubah kehidupan saya . Berpeluang membantu ramai orang untuk sihat adalah matlamat saya disamping memastikan saya mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga . Syukur kerana allah juga memberikan peluang ini kepada saya untuk menemui ramai insan- insan yang hebat didalam Herbalife ini .

Semoga pilihan saya ini adalah pilihan yang tepat kerana saya sangat berpuas hati dan gembira dengan kerjaya saya dan paling penting kita sentiasa berfikiran positif . Bagaimana pula dengan anda ? Adakah pilihan kerjaya anda sekarang mengembirakan anda ?

Hubungi saya untuk mendaftarkan diri anda sebagai ahli Herbalife dan saya akan membantu anda menguruskan berat badan anda disamping menjana pendapatan dengan Herbalife sekarang !


sms/whatsapp:0179735306 [[ email : ieda0106@yahoo.com [[ wechat : iedaimmi



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...