Turun Berat Badan bersama Zarida Abu Bakar

INGINKAN PERCUTIAN HERBALIFE YANG MENYERONOKKAN ?

Salam semua

Have you had your shake today

PERCUTIAN HERBALIFE APAC 2014 YANG MENYERONOKKAN

* pendapatan adalah tertakluk kepada individu (atau contoh) digambarkan bukan purata

Rasanya kalau bertanya dengan sesiapa pun pastinya ingin bercuti untuk melepaskan kepenatan bekerja bukan . Peluang untuk bercuti memang dinantikan bagi setiap orang yang bekerja mahupun menikmati masa - masa yang berkualtiti bersama keluarga .

Diri saya juga tidak terkecuali , alhamdulillah baru - baru ini saya telah melayakkan diri ke Percutian Herbalife yang sangat luar biasa ini , percutian APAC ke Bali , Indonesia selama 4 hari 3 malam bermula 9hb Okt sehinggalah 13hb Okt bersama suami tercinta . Saya memang bersyukur atas kurniaan dari allah dan peluang yang diberikan oleh Herbalife ini . 


* pendapatan adalah tertakluk kepada individu (atau contoh) digambarkan bukan purata
 The Royal Temple , Bali

* pendapatan adalah tertakluk kepada individu (atau contoh) digambarkan bukan purata
di Tanah Lot ,Bali

Alhamdulilah juga percutian APAC yang menakjubkan ini telah disediakan oleh pihak Herbalife kepada semua pengedar diseluruh malaysia yang layak. Percutian ini bukan sahaja untuk kami malah ramai lagi pengedar yang layak datangnya dari pelbagai negeri yang turut sama menikmati percutian  Herbalife ini .

Memang terasa seronoknya kerana percutian percuma APAC Herbalife kali ini adalah percutian kali kedua yang telah saya hadiri bersama suami , percutian pertama saya bersama keluarga adalah percutian secara ekslusif di Club Med Cherating . Semoga saya akan sentiasa berpeluang menikmati percutian Herbalife ini dimasa akan datang.

Menariknya Percutian Percuma Herbalife buat saya adalah 

Sudah semestinya yang pertama ia diberikan secara percuma , saya tidak perlu mengeluarkan wang belanja yang banyak kecuali tempahan tiket penerbangan pergi dan balik untuk saya dan suami dan sekiranya ada yang ingin membawa tetamu yang lain memerlukan sedikit bayaran tambahan  . Penginapan , makan minum dan tourist semua telah disediakan oleh pihak Herbalife kepada semua pengedar dan pasangan yang layak .

Dan yang kedua adalah lokasi percutian yang disediakan oleh pihak Herbalife . Jika dilihat pemilihan lokasi percutian oleh Herbalife merupakan tempat - tempat yang menarik dan layanan yang ekslusif kepada tetamunya . Saya masih teringat dengan percutian pertama saya di Club Med Cherating , bukan mudah untuk orang - orang biasa seperti saya untuk dapat menikmati percutian Herbalife dan istimewa pula !

Peluang yang disediakan ini tidak haruslah saya lepaskan kerana bagi saya , memang bukan mudah untuk dapat bercuti begini . Masa dan kewangan yang terhad selalu membataskan saya untuk menikmati percutian sebegini . Maklumlah sudah pastinya ia memerlukan perbelanjaan yang banyak sekiranya pergi bersama seisi keluarga .

Perkara yang paling saya suka mengenai percutian secara percuma yang disediakan oleh Herbalife ini , bukan sahaja layanan yang diberikan malah saya juga berpeluang berkenalan lebih rapat ,mendengar perkongsian - perkongsian hebat dari pengedar - pengedar lain yang bersama - sama melayakkan diri . Pelbagai kisah menarik yang dapat dikongsi bersama , dari produk results sehinggalah kepada perniagaan mereka . Memang rasa sangat bangga dan seronok mendengar perkongsian mereka kerana setiap dari mereka ini tidak langsung lokek ilmu dan sudi berkongsi perjalanan kepada kejayaan mereka . Setiap dari mereka mempunyai kisah dan kejayaan masing - masing yang memberikan sumber inspirasi yang baik kepada saya dan teman - teman untuk terus berjaya.

Dan pastinya yang paling best , makanan yang disediakan oleh pihak Herbalife sepanjang percutian sudah tentunya yang menarik dan sedap - sedap . Hurmmm kalau ada yang nak turunkan berat badan pastinya akan naik berat badan bila ada percutian sebegini . Tapi jangan risau , jika anda sudah terbiasa untuk mengambil makanan mengikut portion pastinya anda akan rasakan percutian ini juga memberikan peluang untuk anda bercuti dari diet anda .

night walk di Seminyak ,Bali

* pendapatan adalah tertakluk kepada individu (atau contoh) digambarkan bukan purata
Sunset dinner di Pantai Jimbaran , Kuta Bali

Satu lagi , apa yang dapat saya rasakan percutian di BALI ini adalah diantara pilihan yang paling menarik kerana kepelbagaian makanan, pilihan buah tangan yang menarik dan murah - murah yang boleh dibawa pulang serta sudah semestinya keunikan budaya penduduk Bali itu sendiri . Memang seronoklah kerana kami berpeluang mengetahui kepelbagaian dialek dan kasta yang ada disini seterusnya dapat menikmati keindahan malam di Bali . Rasa seperti tidak mahu balik ke Malaysia ;)

Bagaimana anda berpeluang untuk menikmati percutian ini ?

Mudah sahaja, semua dari anda berpeluang sekirannya anda sanggup untuk berusaha , bekerja keras dan tidak mudah berputus asa untuk berjaya didalam perniagaan Herbalife ini . Tidak kira ianya dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa ,anda semua berpeluang seperti saya untuk menikmati percutian menarik ini dan pelbagai lagi tawaran yang menarik oleh pihak Herbalife .

Jom sertai saya ke percutian Local APAC gate-way pula pada tahun 2015 ini . Jangan tunggu lagi , hubungi atau email saya sekarang sekiranya anda sudah bersedia untuk mendapatkan peluang percutian secara percuma ini !

email ieda0106@yahoo.com [ call/sms/whatsapp 
017 9735306 ( Digi )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...