Turun Berat Badan bersama Zarida Abu Bakar

MENU UNTUK DIET YANG BERKESAN

Salam semua

Susahnya nak cari menu untuk diet yang berkesan 

Semua orang rasanya sekarang impikan badan yang langsing dan bergaya . Bagi yang ada masalah berat badan bukan hanya nak turun berat badan sahaja , malah mereka juga ingin turun berat badan dan menjadi sihat . Paling penting kalau buat kerja hendak lebih bertenaga dan tidak mudah letih 

Bila ada diantara mereka yang sering terkejar - kejar untuk keluar menguruskan hal - hal seharian sama ada bekerja di luar ataupun tidak , ada yang memang tidak sempat untuk menyediakan menu untuk diet yang berkesan untuk mereka . Macam saya dulu , memang pening juga memikirkan menu untuk diet mana yang berkesan . Saya cuba sediakan menu ikut resepi terutama sekali dari laman media internet , tapi sudahnya saya sendiri malas untuk membuka resepi-resepi ini . Yelah , setiap kali hendak memasak , kena buka resepi , kena tiru resepi yang sihat . Tapi akhirnya sampai bila saya kena buat semua ini , sibuk dengan persiapan hendak ke tempat kerja , urusan hantar anak - anak sekolah memang membataskan saya lah . 

Kalau ikutkan memang ramai diantara kita yang sanggup mencari resepi menu untuk diet yang memberikan kesan kepada mereka . Sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk mereka berdiet diantaranya 

  • menyediakan jus - jus buah-buahan dari buah - buah yang rendah kalori , sihat dan semula jadi
  • menyediakan sup - sup sayuran yang baik seperti sayur - sayur hijau , kentang putar atau salad campuran 
  • menyediakan menu protein shja seperti sup dari daging dan ayam sahaja tanpa nasi didalam hidangan tersebut 
  • menyediakan sandwish yang berasaskan sayur-sayuran , cheese dan tambahan protein seperti ayam atau daging 

yang penting kita perlu bijak didalam memilih menu untuk diet yang bersesuaian dan berkesan kepada diri kita . Jika anda betul - betul mengamalkan diet sebegini anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat badan beberapa kilogram . 

Persoalannya adalah sampai bila agaknya anda perlu menyediakan menu sebegini terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga , Adakah ahli keluarga boleh menerima menu yang anda pilih itu untuk diulang sebagai menu sarapan pagi , tengahari dan makan malam anda ? Bagi mereka yang bekerja pula , adakah anda mempunyai masa untuk menyediakan menu untuk diet sebegini sebagai sarapan pagi sebelum anda ke tempat kerja , makan tengahari dan makan malam anda ?

Kelebihan makanan sihat shake Herbalife sebagai menu untuk diet anda 


Satu contoh menu untuk diet yang penuh nutrisi berasaskan protein adalah shake penganti makanan . Ianya bukan sahaja rendah kalori tetapi rendah gula yang boleh membantu anda untuk mengawal rasa lapar untuk menurunkan berat badan, malah membantu anda mengekalkan rasa bertenaga sepanjang hari . Penyediaannya yang sangat mudah dan cepat merupakan salah satu pilihan yang bijak bagi mereka yang mengejar masa .

Saya sendiri telah memilih shake Herbalife sebagai menu untuk diet yang berkesan kepada saya kerana setelah menggantikan sarapan pagi dan malam saya , saya sudahpun berjaya turun berat badan sebanyak 24kg dan mengekalkannya sehingga sekarang .Malah saya tidak pernah merasa jemu kerana shake Herbalife mempunyai 5 pilihan perisa yang enak - enak , malah anda mempunyai pilihan untuk menyediakannya dengan campuran soya , jus atau buah-buahan , memang menyelerakan bukan !

Jadi kepada anda yang masih tercari - cari menu untuk diet yang berkesan tetapi juga penuh nutrisi untuk membantu anda mengawal berat badan dan turun berat badan , mungkin shake Herbalife juga sesuai untuk dijadikan menu untuk diet anda .

Hubungi saya jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai shake Herbalife ini . Saya boleh membantu anda untuk bertukar kepada menu untuk diet cara lebih sihat dan mengenyangkan .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...