Turun Berat Badan bersama Zarida Abu Bakar

3 sebab kenapa boleh turun berat badan di bulan Puasa

Salam semua

3 sebab kenapa anda boleh turun berat badan di bulan Puasa



Ramai diantara anda yang ingin sangat menurunkan berat badan . Terutama sekali mengambil peluang dengan ketibaan bulan Puasa ini . Ada yang sudah mula berkira - kira untuk melakukan diet yang boleh membantu mereka untuk berjaya turun berat badan di bulan Puasa dan kelihatan menarik di Hari Raya nanti .

Sebenarnya didalam berpuasa inilah anda seharusnya memberikan fokus untuk mengerjakan ibadah puasa dengan lebih selesa dan bukanlah semata - mata untuk menurunkan berat badan . Bila tiba masa berbuka kebanyakan dari mereka yang terlalu mengikut nafsu sehingga terlupa yang dirinya sedang berdiet . 

Ada 3 sebab kenapa sebenarnya anda boleh turun berat badan di bulan Puasa

#  Merancang aktiviti harian anda 
  • anda sebenarnya masih boleh melakukan senaman ringan diantara 15 - 45 minit seperti berjalan di waktu pagi dan mengemas rumah kerana ianya bagus untuk peredaran darah semasa berpuasa .
  • anda boleh kurangkan tidur dengan mengerjakan solat - solat sunat yang merupakan satu senaman ringkas yang mampu membakar kalori didalam badan .
  • melakukan ibadah solat terawih diwaktu malam selepas berbuka puasa . Bayangkan berapa kalori yang mampu dibakar oleh badan sekiranya anda melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat ;)

# Mengawal kadar pengambilan air didalam badan 
  • anda minum air mengikut kadar yang sesuai dengan berat badan anda .
  • anda juga telah mengelak dari mengambil makanan yang masin yang boleh menambah rasa dahaga di siang hari dan mengelak dari mengambil minuman berais secara berlebihan semasa berbuka puasa .

# Merancang pengambilan makanan sewaktu bersahur dan berbuka
  • anda boleh bersahur dengan makanan yang seimbang dan secukupnya untuk bekalan seharian anda.
  • anda juga boleh lebihkan pengambilan buah - buahan yang mengandungi serat dan vitamin serta makanan yang seimbang dari segi kandungan gula .
  • membeli juadah yang berkhasiat dan seeloknya sediakanlah sendiri juadah berbuka dengan kadar yang mencukupi untuk mengelakkan pembaziran wang dan makanan .
Sebenarnya , dulu saya juga selalu bercita - cita untuk kurus ketika tibanya bulan puasa . Saya juga sering beranggapan bila berpuasa saya boleh turun berat badan dengan lebih cepat berbanding di bulan biasa .Namun saya sedar saya juga kerap mengalami masalah yang sama , susah untuk mengawal nafsu makan terutama sekali di waktu berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang disediakan . 

Saya mula makan dengan banyaknya . Bila tiba waktu sembahyang terawih saya mudah hilang fokus kerana mengantuk dan tidak berdaya kerana kekenyangan . Bila bersahur pula saya akan memastikan saya makan dengan secukupnya untuk saya tidak berasa lapar di siang hari . Namun apa yang saya alami adalah perkara yang sama iaitu sering mengantuk dan mudah berasa lapar . 

Kenapa produk Herbalife boleh turunkan berat badan dengan lebih berkesan di bulan Puasa  


Setelah mengenali Herbalife , saya sudahpun mula berpuasa dengan Herbalife selama hampir 5 tahun . Ia banyak melatih diri saya untuk lebih disiplin didalam memilih makanan untuk dimakan . Apabila berpuasa dengan Herbalife ini lebih banyak nutrisi sihat masuk kedalam badan dan menjadikan badan saya lebih bertenaga dan membantu saya turun berat badan dengan lebih berkesan. Tiada lagi rasa letih di siang hari dan kekenyangan di malam hari serta dapat melakukan ibadah terawih dengan lebih selesa .

Selain daripada mengambil shake Herbalife untuk bersahur dan berbuka , anda juga boleh mengambil Teamix dan Aloevera untuk membantu untuk mengekalkan kesegaran dan lebih bertenaga di sepanjang hari berpuasa begitu juga ketika melakukan ibadat dimalam hari . Ia juga akan membantu didalam penyerapan nutrisi didalam badan . 

Sebenarnya anda boleh turun berat badan di bulan Puasa sekiranya anda betul - betul berusaha untuk melakukannya dengan memilih makanan yang seimbang dan diet yang bersesuaian dengan anda . Sekiranya anda ingin mengambil peluang untuk turun berat badan di bulan Puasa ini dengan menggunakan produk Herbalife , lantik saya sebagai Coach Herbalife anda kerana saya yakin dapat membantu anda melakukannya . 

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang dengan Herbalife untuk kekal bertenaga sepanjang masa di bulan Puasa dan cantik bergaya di Hari Raya !

Zarida Abu Bakar merupakan seorang Coach Herbalife yang telah berjaya turun berat badan sebanyak 24kg dengan menggunakan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan menjadi lebih sihat dan bertenaga dengan menggunakan nutrisi Herbalife . 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...